Friday, May 30, 2008

Selamat menulis!

Bismillahirrahmanirrahim...





Salam semua! Adakah saya orang kedua yang merasmikan blog ini? Oh, rupa-rupanya ramai lagi yang tak melawat blog ni.





Maaflah Cik Marina, banyak sangat rintangan dan halangan untuk menulis di dalam blog ni. Memang lama dah niat nak menulis, tapi ada saja yang menghalang. Masa itulah lupa pula password blog ni. Nasib baik ingat! Yang buat payah sangat nak masuk ke dalam blog ni sebab sekarang ni aku pun tengah sibuk update blog sendiri! Lagi satu, tengah "sibuk" menyumbangkan cerita-cerita pendek dan puisi untuk satu lagi laman.





Makanya, buat masa sekarang ni, yang ini sajalah aku mampu tulis. Sebenarnya, memang sudah ada benda yang aku ingin sumbang dalam blog ni, tetapi terlalu peribadi pula. Nanti lain jadinya. At last, aku letak tulisan aku tu dekat blog aku sendiri. Ada juga yang suruh aku link blog aku dekat sini, tapi rasa macam serba-salah pula sebab agak peribadi. Kalau orang yang tak kenal baca blog aku, aku tak kisah sangat, tapi kalau manusia-manusia yang aku kenal (macam kawan-kawan) rasa segan pula. Tak mengapalah, nanti aku rajin aku bagi alamat blog aku...!


Hahaha...aku dah melalut pula! Tak patut promote blog sendiri dekat sini...





Okaylah... sampai sini dahulu. Salam



P/S: Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia.

-kamalia-

Sunday, May 18, 2008

artwork untuk kawankawan


marinamirana menulis ||

Mulanya artwork ni aku buat sebagai satu metafora pada puisi aku yang akan aku upload dalam blog ni, tapi entah macam mana aku rasa chantek pulak artwork ni hehehe jadi aku rasa aku uplaod je la gambar ni dulu. Lagipun aku cuba nak edit sikit mana yang patut puisi tu.

Dan lagi satu, aku tungu punya tunggu kawankawan yang lain upload threat masing-masing tapi sampai la ni takde satu yang berbuat demikian. Apa dah jadi?

C'mon kawankawan, this blog belong to us. Kan blog ni ilham kawankawan untuk kawankawan. Sedih gak sebab dah lama rasanya aku tunggu threat kawankawan, tapi tak timbul-timbul gak.

Oklah, just enjoy this picture. Puisi aku akan menyusul kemudian untuk kawankawan.



"Sesuatu yang kita minat tak semestinya kita pernah cuba, dan sesuatu yang kita tak suka tak semestinya kita tak pernah buat..."


Wednesday, May 7, 2008

teraju utama


Kata pakcik dulu-dulu, theraju utama. Tapi sejak Dewan Bahasa dan Pustaka dah mengaudit ejaan-ejaan baru theraju dah ditukar ejaannya menjadi teraju. Justeru inilah muka teraju utama blog ini.

Indah bahasa Melayu seindah suria,
Dipakai di rumah juga di majlis antarabangsa,
Menyatu kaum sekata seia,
Warisan bahasa penentu bangsa.

Semoga keindahan warisan penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja dipelihara, tetapi juga kepekaan terhadap ejaannya juga dijaga.

Hmmm...cuma kawankawan sedang sabar menunggu sepatah dua kata dari teraju utama agar kawankawan dapat meletakkan karya pertama dalam blog ini. Agak-agaknya kawankawan yang lain terlalu sibuk barangkali. Dan kawankawan tetap sabar menanti.

Tuesday, May 6, 2008

ilham kawan-kawan



Dah lama dah kawankawan suruh buat blog ni. Dan dah lama juga aku menghampakan kawankawan sebab tak buat lagi blog ni. Jadi dengan kudrat yang tidak seberapa ni, lahirlah ilhamkawankawan atas ilham kawan-kawan yang ada.

Harapan aku cuma satu, dengan adanya blog ni kawan-kawan akan dapat lebih berkarya. Bentuknya tak perlu disegmentasikan, asal karyanya asli aku sedia berkongsi. Maka blog ilhamkawankawan ini adalah dari kawankawan untuk kawankawan.

Selamat berkarya kawankawan.