Wednesday, June 18, 2008

Selamat maju jaya!!!

Bismillahirrrahmanirrahim...
Sudah lama tak menulis dekat sini. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua krew-krew 'Kopitiam Kurang Manis'. Aku memohon beribu-ribu maaf kerana tak dapat ikut serta dengan korang semua. Ada beberapa masalah dan plan-plan yang telah dibuat terdahulu yang tak dapat nak dielakkan.
Walaubagaimanapun, aku tetap menyokong dari jauh dan berharap filem pendek ni terhasil dengan baik seperti yang dirancangkan. Memang rasa sedikit sedih sebenarnya sebab tak dapat nak ikut serta. Maklumlah aku ni baru belajar, jadi nak juga merasa apa yang korang semua rasa. Tapi tak apalah...aku tak sabar nak menungg hasilnya. Selamat berjaya!!!
p/s: Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai
-Kamalia-

Thursday, June 12, 2008

buah tangan pertama IN PROGRESS...


kawankawan marinamirana menulis ||


Untuk pengetahuan semua, buah tangan pertama dari ilhamkawankawan akan dihasilkan tidak lama lagi. Kini ia dalam proses awal menyunting skrip. Pre-production kian bermula sedikit demi sedikit. Insya-Allah kalau mengikut perancangan, hujung bulan ni penggambaran akan bermula. Penggambaran tak makan masa yang lama, mungkin dalam 3 hari sebab buat filem pendek je.


Jadi, nantikan...filem pendek pertama ilhamkawankawan dengan bantuan kawankawan yang lain bertajuk;


KOPITIAM KURANG MANIS



"sambang penuh, jala terletak, laut kering, ikan menghempas"





Thursday, June 5, 2008

Sebuah puisi hati yang terkilan...



MAHUNYA APA LAGI???

Letih,
Memikirkan atau terus berhenti berfikir,
Apa harus aku lembarkan,
Kertas-kertas kosong ini tetap kosong,
Gumpalan-gumpalan sampah ini semakin banyak,
Tetapi hasilku semakin menipis.

Aku bercerita tentang kerusi,
Katanya menyentuh demokrasi,
Aku bercerita tentang halusinasi,
Katanya aku hipnosinasi,
Aku bercerita tentang diskriminasi,
Katanya menyentuh provokasi,
Aku bercerita tentang mencintai,
Katanya aku tiada isi.

Mahunya apa lagi???

Teruskan dengan komedi?
Nanti katanya aku mitasi.
Teruskan dengan aksi?
Nanti katanya tak cukup berani.
Teruskan dengan animasi?
Ahhh tentunya tak sehebat luar negeri.

Mahunya apa lagi???

Realis?
Feminis?
Surealis?
Ekspresionis?
Terrorist?

Dan penulis-penulis sepertiku terus diam,
Terus diam makanya jadi pemerhati saja,
Biar jadi pengkritik saja,
Kerana sukar katanya,
Potret milieu kita bukan seperti realiti,
Tapi dunia korporat yang dimomok-momokkan,
Pembikin filem pula sayang rugi membeli tali timba, air setitik tiada dapat,
Pengkarya akhirnya sebagai kaca terhempas ke batu.

Mahunya apa lagi???



|| sebuah puisi dari kawankawan marinamirana ||



kisah yang tidak mencabar tapi tetap tercabar

kawankawan marinamirana menulis ||

Aku masih ingat lagi ketika satu penggambaran bagi program tv RTM memerlukan reptilia iguana sebagai satu subjek penggambaran aku, aku jadi serba salah. Alasannya cukup klise, malah cukup malu untuk aku akuinya. Ini adalah kerana faktor "tidak berani" menjadi alasan aku serba salah untuk menyentuh reptilia tersebut. Ini ditambah pula dengan saiznya yang agak besar seperti seekor buaya menyebabkan aku mengambil keputusan untuk melihatnya dari jauh sahaja walaupun aku terpaksa melakukan sesi penggambaran tersebut. Kerana takutnya bukan kepalang.

Kini sudah 3 tahun berlalu dan aku semakin melupakan kisah itu. Sehinggalah baru-baru ini untuk satu penggambaran filem iklan khidmat masyarakat "Puisi Sebatang Sungai" sekali lagi memerlukan seekor reptilia iguana sebagai props untuk sesi penggambaran. Kali ini aku teruja. Aku sedikit pun tidak berasa serba salah untuk menghampiri haiwan tersebut ketika ia sampai di lokasi penggambaran bersama pemiliknya.

Aku nekad. Aku mahu memegangnya walaupun faktor "tidak berani" masih lagi bersarang dalam hatiku. Namun aku kuatkan tekad dan aku mencabar rasa ketakutan aku sendiri sehingga akhirnya aku berjaya juga memegang haiwan ini. Kali ini aku bukan sahaja berjaya menyentuh kulitnya yang kasar, malah lebih berani lagi aku berjaya mendukung untuk bergambar bersamanya. Ahhh akhirnya berjaya juga aku kalahkan ketakutan aku yang kuat beraja dihatiku sebelum ini untuk memegang reptilia ini.


Motivasinya dari peristiwa ini, aku akan sentiasa mencabar diriku untuk mejadi lebih berani. Lebih berani kearah kebaikan serta memupuk keazaman dan tekad yang tinggi untuk aku melakukan sesuatu perkara.

Begitu halnya dengan kekuranganku terhadap penguasaan Bahasa Inggeris. Aku mencabar diriku untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris walaupun kesukaran memang di tahap maksima. Cuma kini aku bertekad agar semester hadapan aku dapat mencabar diriku untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah tugasan dalam Bahasa Inggeris. Ya... itu adalah cabaranku sendiri terhadap diriku, dalam usaha untuk meningkatkan keberanianku menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih formal dan beretika.

Jadi aku harap kawankawan di luar sana juga tidak takut untuk mencuba dan mencabar kemampuan diri sendiri dalam usaha untuk menganjak paradigma diri sendiri.

Untuk kawankawan;

belayar sambil memapan, merapat sambil belayar...

Sunday, June 1, 2008

Tahniah kawankawan...

Alhamdulillah...

Itulah sebesar-besar kalimat aku dapat ungkapkan sebab akhirnya selain aku sendiri, kawankawan yang lain turut aktif manyumbangkan sedikit tulisan dalam blog ni. Walau pun sekadar sepatah dua kata, nilainya cukup besar bagi mengaktifkan blog ilhamkawankawan ni.

Bukan senang untuk menumpu sedikit waktu biarpun niat dihati sudah menggunung. Namun komitmen sering kali menjadi jurang dan mungkin juga alasan untuk seseorang sukar menulis. Tapi aku bukan di sini untuk menghukumi sesiapa, kita sama-sama berilham untuk kawankawan. Lagi pula, bukan mudah untuk menulis kalau tidak dengan hati yang terbuka.

Walau bagaimana pun, aku akan tetap menulis.

Baru-baru ni, satu sesi penggambaran filem iklan khidmat masyarakat (PSA) antara UiTM, Filem Negara Malaysia dan Institut Integratif Malaysia sudah berakhir 4 hari yang lalu. Ya, akan aku tulis sedikit tentangnya. Mungkin laporan, mungkin sekadar observasiku, juga mungkin luahan hatiku.

Maka sampai di sini sahaja ungkapan alhamdulillahku pada tuhan. Tahniah untuk Kamalia atas sumbangan ilhamnya untuk ilhamkawankawan. Juga buat Byxura yang akhirnya berjaya menulis blog untuk pertama kalinya. Tahniah kawankawan.

Buat Kamalia ;
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Buat Byxura ;
Pertama kali bukan bererti suatu permulaan, tetapi boleh menjadi satu dorongan.

Aku masih menunggu tuan pengarah untuk menulis...


| kawankawan marina menulis |

projek terbaru

bismillahirrahmanirahim.
pertama kali menulis blog.

aku org ke-3 selepas kama.
yg lain2 aku tak tau mereka dimana.

alhamdulillah kami (aku, azri, marina) selesai menjalani penggambaran produksi Institut Integrasi Malaysia (IIM) yang diarahkan oleh En.Mahantheran Maxwell dan Prof.Hatta Azad Khan selama 8 hari.

aku merangkap
still photographer manakala Marina dan Azri sebagai Production Assistant.

gambar2 di bawah adalah sewaktu penggambaran produksi.

sape kate iguana takleh berlakon?


director of photography : khalid zakaria