Thursday, June 5, 2008

Sebuah puisi hati yang terkilan...



MAHUNYA APA LAGI???

Letih,
Memikirkan atau terus berhenti berfikir,
Apa harus aku lembarkan,
Kertas-kertas kosong ini tetap kosong,
Gumpalan-gumpalan sampah ini semakin banyak,
Tetapi hasilku semakin menipis.

Aku bercerita tentang kerusi,
Katanya menyentuh demokrasi,
Aku bercerita tentang halusinasi,
Katanya aku hipnosinasi,
Aku bercerita tentang diskriminasi,
Katanya menyentuh provokasi,
Aku bercerita tentang mencintai,
Katanya aku tiada isi.

Mahunya apa lagi???

Teruskan dengan komedi?
Nanti katanya aku mitasi.
Teruskan dengan aksi?
Nanti katanya tak cukup berani.
Teruskan dengan animasi?
Ahhh tentunya tak sehebat luar negeri.

Mahunya apa lagi???

Realis?
Feminis?
Surealis?
Ekspresionis?
Terrorist?

Dan penulis-penulis sepertiku terus diam,
Terus diam makanya jadi pemerhati saja,
Biar jadi pengkritik saja,
Kerana sukar katanya,
Potret milieu kita bukan seperti realiti,
Tapi dunia korporat yang dimomok-momokkan,
Pembikin filem pula sayang rugi membeli tali timba, air setitik tiada dapat,
Pengkarya akhirnya sebagai kaca terhempas ke batu.

Mahunya apa lagi???



|| sebuah puisi dari kawankawan marinamirana ||



No comments: