Thursday, June 5, 2008

kisah yang tidak mencabar tapi tetap tercabar

kawankawan marinamirana menulis ||

Aku masih ingat lagi ketika satu penggambaran bagi program tv RTM memerlukan reptilia iguana sebagai satu subjek penggambaran aku, aku jadi serba salah. Alasannya cukup klise, malah cukup malu untuk aku akuinya. Ini adalah kerana faktor "tidak berani" menjadi alasan aku serba salah untuk menyentuh reptilia tersebut. Ini ditambah pula dengan saiznya yang agak besar seperti seekor buaya menyebabkan aku mengambil keputusan untuk melihatnya dari jauh sahaja walaupun aku terpaksa melakukan sesi penggambaran tersebut. Kerana takutnya bukan kepalang.

Kini sudah 3 tahun berlalu dan aku semakin melupakan kisah itu. Sehinggalah baru-baru ini untuk satu penggambaran filem iklan khidmat masyarakat "Puisi Sebatang Sungai" sekali lagi memerlukan seekor reptilia iguana sebagai props untuk sesi penggambaran. Kali ini aku teruja. Aku sedikit pun tidak berasa serba salah untuk menghampiri haiwan tersebut ketika ia sampai di lokasi penggambaran bersama pemiliknya.

Aku nekad. Aku mahu memegangnya walaupun faktor "tidak berani" masih lagi bersarang dalam hatiku. Namun aku kuatkan tekad dan aku mencabar rasa ketakutan aku sendiri sehingga akhirnya aku berjaya juga memegang haiwan ini. Kali ini aku bukan sahaja berjaya menyentuh kulitnya yang kasar, malah lebih berani lagi aku berjaya mendukung untuk bergambar bersamanya. Ahhh akhirnya berjaya juga aku kalahkan ketakutan aku yang kuat beraja dihatiku sebelum ini untuk memegang reptilia ini.


Motivasinya dari peristiwa ini, aku akan sentiasa mencabar diriku untuk mejadi lebih berani. Lebih berani kearah kebaikan serta memupuk keazaman dan tekad yang tinggi untuk aku melakukan sesuatu perkara.

Begitu halnya dengan kekuranganku terhadap penguasaan Bahasa Inggeris. Aku mencabar diriku untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris walaupun kesukaran memang di tahap maksima. Cuma kini aku bertekad agar semester hadapan aku dapat mencabar diriku untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah tugasan dalam Bahasa Inggeris. Ya... itu adalah cabaranku sendiri terhadap diriku, dalam usaha untuk meningkatkan keberanianku menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih formal dan beretika.

Jadi aku harap kawankawan di luar sana juga tidak takut untuk mencuba dan mencabar kemampuan diri sendiri dalam usaha untuk menganjak paradigma diri sendiri.

Untuk kawankawan;

belayar sambil memapan, merapat sambil belayar...

No comments: